Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman. 12 SEPTEMBER 2011.
Tuan,
Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu pada tahun ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
2. Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 hingga 18 November 2011. Lawatan ini akan disertai oleh 38 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru penasihat iaitu Cikgu Rahana binti Ya , Cikgu Raihan binti Haji Husin dan Cikgu Fazli bin Yasa’.
3. Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Kuala Lumpur ialah Pusat Sains Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan Zoo Negara.
4. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid. Di samping itu juga, dapat mengurangkan tekanan kepada murid selepas menghadapi peperiksaan semester kedua.
5. Saya bagi pihak persatuan berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Fatimah
(FATIMAH BT. YACOOB)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih utk bagi jwpn
ReplyDeletetemari kasih
ReplyDelete😍😍😍
ReplyDelete👑👑👑👑❤💕
ReplyDeleteTq untuk rujukan
ReplyDelete