SALAM 1MALAYSIA

SALAM 1MALAYSIA

salju

Sunday 9 October 2011

RPH BM Keluarga Bahagia

Rancangan Pengajaran Harian 1


Mata Pelajaran                         :   Bahasa Melayu
Kelas                                       :   4 Terbilang
Tarikh                                      :   22 Mei 2011
Masa                                       :   8.15 – 9.15 pagi ( 60 minit )
Bilangan Murid                        :   26 orang
Bidang Pelajaran                      :   Keluargaku Sayang
Tajuk                                       :   Keluarga Bahagia
Objektif Pembelajaran              :   Mengenali ahli atau anggota keluarga
1.1  Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 2(i)    Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama     
diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:-
A.     Menguasai isi kandungan
a.       Berbual sesama rakan tentang sesuatu perkara yang dilakukan menggunakan ungkapan, ayat-ayat dengan sebutan yang betul atau sesuai
b.      Menggunakan kata panggilan yang sesuai terhadap ahlii keluarga dalam kehidupan harian.
B.     Membina kemahiran saintifik, berfikir dan startegi berfikir
a.       Dapat bezakan suasana hidup dalam keluarga bahagia atau sebaliknya dan kasih sayang.
C.     Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.       Menyayangi dan menghargai sahabat atau rakan sekelas.
b.      Bersyukur dan gembira dengan adanya ahli keluarga dan hidup bahagia.

Konsep / Prinsip / hokum / teori ( Keluarga Bahagia )
a.       Kehidupan terurus / teratur.
b.      Sarat dengan kasih saying.
c.       Saling memerlukan ketika senang dan susah.
d.      Wujud suasana ceria, harmoni dalam masyarakat.

Bahan , Peralatan, Sumber:-
a.       Patung – 1 set sebuah keluarga.
b.      Gambar berwarna – contoh aktiviti keluarga ( berkelah, berkebun, riadah )
c.       Kad perkataan –
1.      ayah, bapa, abi, abah,
2.      ibu. umi, emak, mama
3.      Kakak. along, abang, angah, adik
Langkah berjaga-jaga:-
1.      Murid-murid diingatkan supaya berbual, bercerita dengan kawan-kawan menggunakan bahasa atau ayat-ayat yang sesuai dan sopan didengar.
Pengetahuan sedia ada murid:-
1.      Murid sudah mengetahui bilangan ahli keluarga dan aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang.
2.      Murid juga mungkin menganggap jiran atau waris seperti sepupu sebagai keluarga yang asal dengannya.








Frasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi / Permulaan
(Melakonkan watak, mengcungkil idea)

5 minit


Dalam sebuah keluarga yang bahagia didiami oleh bapa, ibu, abang, kakak, adik

Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak ayah, ibu, abang, kakak, adik

Guru bertanya tentang bilangan ahli keluarga murid mengikut usia dan jantina.

Murid yang dipilih melakonkan watak sebagaimana arahan guru.

Murid lain respon dengan menyatakan siapakah watak-watak yang dilakonkan tadi.

Murid secara rawak menjawab soalan lisan yang diajukan oleh guru.


Strategi / Teknik :

Lakonkan watak yang ditetapkan.

Penyoalan seluruh kelas, murid dipilih secara rawak sahaja untuk menjawab soalan tadi.

Langkah 1

Menstruktur semula.

( 20 minit )

Sebuah keluarga yang bahagia boleh dilahirkan engan adanya aktiviti-aktiviti bersama keluarga pada sesuatu masa.


Guru menyatakan kepada murid beberapa contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia.

Contoh:  
         berkhelah,                 
         beriadah,  
         berkebun, 
         gotong-royong.





Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Murid dikehendaki berbual-bual sesama ahli kumpulan berkaitan aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga ketika waktu lapang.

Murid diberi kebebasan untuk pilih skop aktiviti sendiri tetapi mestilah aktiviti yang positif.

Semasa murid bercerita dalam kumpulan, murid yang lain dalam kumpulannya akan menulis catatan ringkas.


Strategi / Teknik:

Aktiviti bercerita, berbual dalam kumpulan menggunakan perkataan-perkataan sendiri yang sesuai.

Sikap saintifik dan nilai murni.

Menghargai kawan dan sedia mendengar.

Hormati kawan






Frasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 2

( 20 minit )



Menjelaskan apakah aktiviti yang dipilih dan dilakukan pada waktu lapang untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Guru akan memanggil setiap murid untuk bercerita di haddapan kelas berkaitan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang bersama keluarga.

Guru pilih secara rawak di kalangan murid untuk mengulas semula ceritakan oleh murid-murid tadi. Ini dilakukan untuk menguji tahap kepekaan murid semasa kawannya bercerita.


Murid akan bercerita di hadapan kelas mengikut nama yang disebut.

Murid yang dipilih secara rawak akan mengulas semula cerita kawannya yang dipilih.

Strategi / Teknik :

Bercerita / berbual secara terbuka di haapan kelas.

Sikap saintifik dan nilai murni.

Murid erlibat secara aktif ada keyakinan diri.

Langkah 3

 Aplikasi idea

( 10 minit )



Murid dapat sebut / nyatakan panggilan-panggilan yang sesuai kepada ahli keluarga.

Contoh :
ayah, bapa, abah, papa

ibu, umi, mak, mama, emak

abang, kakak, along, angah, achik

adik, che su

Guru menampalkan gambar pada papan tulis.

Guru piih murid untuk tampal kad perkataan yang sesuai pada gambar.

Murid pilih kad perkataan dan tampalkan pada gambar- gambar yang tersedia.

Strategi / Teknik :

Soal jawab kepada seluruh kelas.

Murid terlibat secara aktif, kerjasama, berminat untuk aktiviti ini.




Frasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Refleksi / Penutup

( 5 minit )
        


Ketahui ahli keluarga dan panggilan- panggilan yang sesuai

Bagaimana untuk melahirkan keluarga yang bahagia.











Guru mengadakan teknik penyoalan seluruh cerita.

Contoh :

Siapakah nama ayah?

Siapa nama ayah awak?

Berapakah umur ayah awak?

Murid diminta siapkan carta salasilah keluarga masing-masing.


Murid menjawab soalan-soalan guru scara kelas dan individu.

Murid siapakan carta salasilah keuarga dirumah

Strategi / Teknik :

Aktif

Ada keyakinan diri

Bersungguh-sungguh


No comments:

Post a Comment