SALAM 1MALAYSIA

SALAM 1MALAYSIA

salju

Saturday 10 December 2011

BM ( Kertas 012 )- Bhg.C

Percubaan UPSR 2011 Bhg.C (Cikgu Raihan)

BM ( Kertas 012 )- Bhg.B

Karangan Fakta

BM ( Kertas 012 )

Percubaan UPSR 2011 Bhg.A

Friday 9 December 2011

Bahasa Melayu 012

Kaedah P & P (BM Kertas 2)

Bahagian A ( membina ayat )

Kolam Renang

Sunday 9 October 2011

Guru Berkesan

GURU BERKESAN
Mantan ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr.Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri guru berkesan sebagaimana berikut :
1.     Bersikap professional.
2.     Mempamerkan cirri kekuatan teori.
3.     Kaya ilmu.
4.     Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5.     Bermoral teguh.
6.     Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7.     Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8.     Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
9.     Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11.Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12.Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhanan nilai diri ( bermoral, berakhlak, mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ).
15.Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Surat Rasmi-Lawatan

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.                                      12 SEPTEMBER 2011.

Tuan,

Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu pada tahun ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

2.         Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 hingga 18 November 2011. Lawatan ini akan disertai oleh 38 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru penasihat iaitu Cikgu Rahana binti Ya , Cikgu Raihan binti Haji Husin  dan Cikgu Fazli bin Yasa’.

3.         Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Kuala Lumpur ialah Pusat Sains Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan Zoo Negara.

4.         Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman  murid. Di samping itu juga, dapat mengurangkan tekanan kepada murid selepas menghadapi peperiksaan semester kedua.

5.         Saya bagi pihak persatuan berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
     Fatimah
(FATIMAH BT. YACOOB)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer.