SALAM 1MALAYSIA

SALAM 1MALAYSIA

salju

Sunday 25 September 2011

PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarak, bak, seperti, laksana, macam, bagai, dan umpama. Berikut ialah contoh-contoh perumpamaan:
  1. Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.
    • Sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang faedah.
  2. Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
    • Hidup yang tidak bebas kerana terkongkong oleh adat, peraturan dan kuasa.
  3. Umpama membungkus api
    • Menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui juga oleh orang.
  4. Ibarat mencangkul angin.
    • Angan-angan yang tidak disertai usaha.
  5. Macam ikan kena tuba.
    • Tidak berdaya-upaya atau terlalu sakit, hampir-hampir mati.
  6. Ibarat perahu, tidak akan karam sebelah.
    • Kaum keluarga tidak akan membiarkan kita menderita sendiri.

http://www.skmethodist.edu.my/portal/interaktif/bm/silangkata/perumpamaan1.htm

No comments:

Post a Comment